PDK JURU
Monday, 8 May 2017
Tuesday, 31 January 2012
Apa ada d PDK JURU
Jadual Dan Modul
Pembelajaran
Dalam
keseimbangan pembelajaran,mata pelajaran damn ko-kurikulum juga adalah sukatan yang di utamakan dalam PDK ini.antara
yang telah di latih dalam PDK adalah seperti berikut.

1.
PRA 3M
MEMBACA - Latihan
mengenal huruf
dan memahami
perkataan kaedah yang di gunakan ialah
dengan memadankan huruf dengan menjadikan perkataan dan di padankan pula dengan
gambar yang sesuai.
MENULIS - Latihan
menulis abjad dan mengenal abjad
Cara
pembelajaran yang di gunakan ialah dengan
Mewarna abjad dan menyambung titik menjadi satu huruf
MENGIRA - Latihan mengira dan mengenal angka
adalah perkara utama . Cara pembelajaran di gunakan ialah mengenal
objek. Nombor dan mengenal objek nombor
yang di berikan
2. PENDIDIKAN ISLAM – Membaca
dan menghafal doa-doa harian yang ringkas
mempraktikan
sebutan sebutan mudah seperti ucapan salam
dan
bismilah bagi pelatih - pelatih yang berugama islam
3. KESENIAN
- Mewarna gambar yang telah di
lukis,menyambung titik-titik
garisan
dan membuat pelbagai lukisan dengan
mengunakan
cat
air dan bahan seperti batang daun pisang,ubi
kentang,span,berus dan lain-lain
4. KRAFTANGAN – Kaedah mengunakan bahan –bahan terbuang
seperti kotak lama,surat
khabar lama,strow,botol mineral dan lain-lain,origami pula dengan
membuat lipatan mengunakan kertas warna,kertas pembalut hadiah dan lain –lain lagi.
khabar lama,strow,botol mineral dan lain-lain,origami pula dengan
membuat lipatan mengunakan kertas warna,kertas pembalut hadiah dan lain –lain lagi.
5. KEMAHIRAN
PENGURUSAN DIRI – Latihan pengurusan diri
adalah seperti mandi sendiri,menyikat rambut,memakai bedak,memakai pakaian
,pengurusan diri juga termasuk menyediakan sarapan pagi,mengemas rumah,membasuh
pinggan,menyapu sampah,dan berkebun.
6.
PENDIDIKAN JASMANI –
Kemahiran motor kasar seperti pergerakan badan membaling
bola,berlari,melompat,dan melakukan aktiviti senam robik.
7.MUZIK - Memperdengarkan lagu-lagu
patriotik,nasyid,lagu kanak-kanak yang berbentuk nasihat.
8.
RIADAH- Dalam jadual tahunan sekurang-kurangnya tiga kali
pihak PDK akan menganjur dan membawa
pelatih-pelatih bersama dengan waris masing-masing melawat ketempat –tempat
bersejarah tempat perkelahan dan pelancongan.
PROFILE PDK JURU
Pemulihan Dalam KomunitI (PDK) Juru, 14000 Bukit
Mertajam
Komuniti
setempat yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan semasa kepada orang kurang
upaya (OKU). Keperihatinan kerajaan
memberi perhatian sepenuhnya dalam mengambil berat tentang kedudukan Orang
Kurang Upaya di Malaysia telah menyalurkan kepada Kementerian Wanita Dan
Masyarakat serta ditugaskan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk
melaksanakan impian dan matlamat tercapai.
Antara salah satu proses dalam perancangan yang telah disusun oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penubuhan sebuah komuniti yang
berkonsep alam persekolahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Memberi ilmu pengetahuan dan membimbing OKU
dengan satu tujuan ke arah kemajuan diri dan berupaya berdikari.
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Juru ini
ditubuh pada
11 –nov-1991 dengan kelulusan yang diamanahkan oleh
kerajaan. Pembentukan bersama antara
Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemantau serta memberi mandat dan
kepercayaan kepada Jawatankuasa PDK Juru.
Berperanan sebagai tulang belakang kepada operasi dan perjalanan
Jawatankuasa PDK Juru ini yang dipengerusikan oleh en Wahid Othman . Beliau telah membentuk satu
kerjasama antara Jawatankuasa, Penyelia, Petugas dan Pelatih (OKU) bagi PDK Juru
ini memulakan operasi dengan matlamat iaitu memberi kasih sayang dan
pengetahuan serta membentuk ilmu berdikari .
Dengan bertapak di kawasan yang amat
memerlukan satu pusat pemulihan bagi anak-anak yang istimewa ini, kedudukannya
PDK Juru ini amat strategik iaitu bera da berhampiran antara Auto City dan
suasana kekampungan Nenlayan telah adalah menjadi keselesaan kepada
ibubapa-ibubapa pelatih dipersekitaran .
Pembentukan yang disusun dengan
berpandukan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi
panduan kepada struktur operasi dan pentadbiran PDK Juru ini dan pengenalan
lebih mendalam seperti diberikutnya.
PENGENALAN
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
JURU
1.
Tarikh Ditubuhkan : 11-11-1991
2.
Nama
Pusat : PERTUBUHAN PEMULIHAN
DALAM KOMUNITI JURU
3.
Alamat : No.7 Jalan Desa Juru Indah , Taman Desa Juru Indah,
14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
4.
Dibawah Naugan : Jabatan
Kebajikan Malaysia
5.
Dibawah Pentadbiran : Jawatankuasa
PDK Juru
6.
Bilangan
Penyelia : 1 orang
Puan Fauziah Binti Mustafa
7.
Bilangan Petugas : 5 orang
1. Puan Saadiah Binti Hussin
2. Puan Norliza Binti Md Yusof
3. Puan Noor Rafini Binti Hashim
4. Cik Nur Atie Elisha Binti Mohd Fauzie
5. Cik Fatin Fatihah Binti Mohd Faizal
8. Motif
Pusat : Memberi kasih sayang dan membimbing Pelatih
menjadi lebih berkeyakinan dalam berdikari.
9. Moto
Dari Masyarakat : Dari Masyarakat yang prihatin
Untuk masyarakat : PDK Juru adalah untuk orang yang kurang
upaya,yang
kurang bernasib baik
Oleh Masyarakat : Oleh Masyarakat Umum yang
Menyumbangkan
tenaga,sumbangan kewangan,peralatan dan barang-
barang keperluan dan
sebagainya.
Definisi PDK
Satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemuliha pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat
Tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas Dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina
CIRI-CIRI PDK
Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan Ibu bapa/ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting
Menggunakan teknologi dan kos yang rendah Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan rumah
Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada
KONSEP
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU diperingkat
komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan
komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan
integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti Mengurangkan penempatan jangka
panjang di Institusi Pemuliha yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dankemahiran mengikut potensi
yang ada dalam diri mereka Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka
kepada keperluan OKU
Subscribe to:
Posts (Atom)